muka depan

Isnin, 24 Oktober 2011

REZEKI ANAK-ANAK

Orang rumah aku sekarang dah bukan saja suri rumah, tapi mula menerima tempahan untuk jahit baju , jahit manik, jahit aksesori seperti sampul bantal, selimut, cadar, dan macam2 lagi.


Selepas 6 bulan kami berjimat cermat nak hantar anak ke rumah pengasuh semata2 nak memudahkan my Wife pergi belajar menjahit. Alhamdulillah, sekarang nie dah terima banyak tempahan menjahit...



Yang orang paling suka skali adalah custom made hand bag dan macam2 jenis beg lagi. My wife suka sangat menjahit bag nie... tempahan mengikut rekabentuk yang pelanggan mahu. pepepun boleh dibawa berbincang dulu la sebelum buat tu..


Paling banyak tempahan sekali tu adalah untuk guddies bag untuk satu majlis perkahwinan adik kawan tu. Jemputan istimewa diorang bagi beg custom made tu.

Pada mulanya oder 30 jek, alih2 tambah lagi walaupun majlis dah jalan. sebab ramai yang berminat dengan hasil kerja my wife tu.

Skali tu bebudak dan anak2 jiran duk lepak kat umah main dengan anak2 aku. Bila diorang tengok beg2 yang menarik wife aku buat, mereka berebut2 tempah, nak buat beg ke sekolah untuk kelas dan KAFA.

Dah la bila bawak ke sekolah tu, ada pulak pelajar lain yang minat... tempah lagi... yang tak tahan nya tu cikgu2 pun turut sama tempah bag... Macam2 jenis bag diaorang oder.. Bekas Pensil, Cover Hard Drive, Purse, Beg Botol Minuman, dan macam2 lagi ar.


Cuma kengkadang tu jumpa pelanggan yang cerewet nie susah skit. Memang besar betul ujian dalam perniagaan nie. Ada orang suka, ada yang tak suka, ada yang puas hati, ada yang nak repair itu nak repair ini... Senang2 bila tak suka, buat je baru yang kene dengan cita rasa diorang. Beg yang dah siap tu boleh jual kat orang lain sebab tak pakai lagi. Pepepun konsep kepuasan pelanggan di dahulukan.


Setakat nie alhamdulillah, tempahan nak kata banyak tu takde la, tapi ada untuk tampung duit modal yang keluar untuk beli kain.


BERSAMBUNG...............









Khamis, 20 Oktober 2011

Pusat Pendidikan Biodiversiti Gua Batu Maloi, PERHILITAN N9

HUTAN REKREASI GUA BATU MALOI
PUSAT PENDIDIKAN BIODIVERSITI
GUA BATU MALOI
AKTIVITI PERKHEMAHAN 3H2M
@
2H1M
@
LAWATAN KE HABITAT KELAWAR
@
LAWATAN SEHARI
@
DAN LAIN-LAIN

TAKLIMAT PEMASANGAN KHEMAH
DAN
AKTIVITI PEMASANGAN KHEMAH OLEH PESERTA SENDIRI


NO CHALET
OR
RESORT
NO ROOM
JUST NATURE


TINGGALKAN RUTIN HARIAN
KEPADA
KEHIDUPAN ASAS


TAKLIMAT MENGENAI BIODIVERSITI
MENGENAL CIPTAAN ALLAH
MENGAGUNGKAN KEBESARAN ALLAH

KEMUDAHAN DEWAN
TEMPAT SOLAT DAN KULIAH

DEWAN MAKAN @ KAFETERIA


TIADA PEMANAS AIR
TIADA PAM TANDAS
MANUAL AND NATURE
RASAKAN PENANGAN AIR BUKIT



GAMBARAN SEPINTAS LALU KAWASAN AKTIVITI


BADAN CERGAS MINDA CERDAS

YANG BERSALAH TETAP SALAH
HUTANG WAJIB DI BAYAR


MANA ARAH TUJU KAMU
PEDOMAN DAN PETUNJUK DAH DIBERIKAN
YAKIN DAN PERCAYA
ITU KUNCI KEJAYAAN

SUNGAI MUAR????

BAGAIMANA RASANYA HILANG PANCAINDERA

BUKAN SAIZ BIASA

SAIZ BUKAN UKURAN
TAK KENAL MAKA TAK CINTA

PENEROKAAN NGARAI
@
GUA BATU GRANIT
BUKAN GUA BATU KAPUR YE..

CABARAN DEMI CABARAN

PENERANGAN YANG MENAKJUBKAN

BEROLEH PENGALAMAN YANG
DAPAT TIDAK DILUPAKAN


TIBA MASANYA
MENABUR BAKTI
SAYANGI CIPTAAN ALLAH YANG LAIN

SUBBHANALLAH
ALHAMDULILLAH
ALLAH HUAK'BAR

CONSERVE NATURE THROUGH ADVENTURE

BIODIVERSITY CONSERVATION THROUGH RECYCLING

rusmankhairul_24@yahoo.com


Jumaat, 26 Ogos 2011

SURVIVAL LEMANG DI HARI RAYA

Raya Aidilfitri tahun 2011 nie, bakal disambut dekat Rompin ,Pahang. Target aku mesti meriah sebab 3 hari sebelum raya tu semua ipar duai aku dah berada di Rompin. Abah mertua aku oder peha kambing sepukang untuk dibawa balik ke Rompin. Jauh tu oder kambing hehehehe.

Tengah2 layan FB, ada plak petik pasal lemang. Nak bakar lemang malam raya nanti. Peh... mana nak cari buluh lemang nie. Tahun dulu2 pun aku beli kat area Batu Kikir, N9 buluh lemang. Tahun nie nak gerak balik tengah malam, mana sempat nak singgah Batu Kikir cari buluh lemang.

Tinggal sehari jek lagi nie, malam nanti nak gerak ke Rompin, konvoi dengan abang ipar aku dari Sungai Buloh... huuhu, pagi2 ada mesyuarat dengan Jabatan Veterina. Nak solat Jumaat lagi... Ark...

Tawakkal.... kalu ada rezeki, adalah...

8.45am gerak ke Jabatan Veterina di Jalan Pantai. Mata liar memerhati tepi2 jalan. Alhamdulillah, ada pulak gerai lemang diorang setup tepi Man Tomyam Jalan Pantai nie... tapi tak start masak lagi diorang. Kosong jek. Buluh pun tak potong lagi. Takpe... petang nanti cuba usha jap naik motor... hehehehe

Mesyuarat berkaitan dengan Sambutan Raya, Sambutan Hari Kemerdekaan dan Sambutan Hari Malaysia nanti. habis mesyuarat, aku ngan bos gi layan rusa rintik depan pejabat Veterina tu. Memasing pasang angan2 nak ternak rusa. heheheh. dapat 1 jantan, 2 betina dah boleh start jadi penternak rusa... tapi modalnya kira2 dalam 6 ribu jugak tu... heheeheh. amik dari anak mungkin murah skit..

On the way balik ke pejabat, lalu skali lagi kawasan orang jual lemang tu. Nampak dah ada orang duk buat kerja di gerai. Takpe, nanti aku singgah ye...

Solat jumaat dalam keadaan tenang, cuaca agak mendung, hujan renyai2, .... balik ke pejabat, buat apa yang patut, mengecek sampul duit raya dengan gadis2 pejabat. Kul 4 aku keluar pergi cari gerai lemang tadi... Peh.... bersusun kayu api, panjang khemah bakar lemang nie nanti lebih kurang 80 kaki ( khemah 20kaki x 20kaki ) ada dalam 4 buah khemah. huhuhuh. Besar bisnes brother nie. Diaorang tengah potong daun pisang untuk lemang diaorang...

Aku: " Assalamualaikum bang"
Dia: " Waalaikummussalam"
Aku: " Tumpang tanya la bang, abang jual buluh lemang tak?
Dia : " Jual dik, nek berapa? Abang jual RM1 sebatang, adik pilih la kat sana.
Aku dalam hati : " Wah ini sudah bagus"

Selesai pilih buluh lemang dan bayar duitnya, aku gerak ke rumah hantar buluh lemang tu dulu, Kemudian baru ke pejabat. Bos dah hilang pergi servis kereta. Tukar minyak hitam katanya. Jam dah 4.30pm, sorang staff dah nak gerak balik.... Dengan semua orang dia jumpa mintak ampun dan maaf. Dengan budak perempuan, berpeluk cium bersalaman.... dengan aku tak nak plak... heheheh... memang la sebab dia perempuan.

kul 4.55pm..... beratur panjang masing2 yang balik awal nie. Riuh sekejap bahagian pentadbira dengan gurau senda serta pertanyaan bila gerak balik kg... heheeh nasib baik la boss tak de...

kul 5.30pm aku masih lagi kesorangan , belum mahu pulang.... nak amik mood balik raya hehehe. pasang lagu Musafir di Aidil Fitri.... kosong pejabat dah... check suis plug semua, suis accond, pintu pejabat boss, bilik file, bilik kuatkuasa.... pejabat atas aku dah tak kuasa nak check... heheheheh.

SELAMAT HARI RAYA SEMUANYA>>>>>

Persoalan......
Apakah nasib spesies buluh lemang 10 tahun akan datang.

Kemana arahnya warisan tradisional makanan lemang kita nie nanti...
Pandai ke anak2 kita makan dan masak lemang nanti...
Dimana tahap survival orang kita... jika buluh lemang tak kenal, masak lemang dalam buluh tak pandai, dan spesies buluh lemang dah pupus.....

Penangan Bubur Lambuk

Abang nak makan bubur lambuk , kene cari pucuk paku merah la.. Ikan kembung banyak lagi nie.." kata isteri ku...

Meleleh air liur aku mendengar perkataan BUBUR LAMBUK... Memang kegemaran aku makanan tu. Kalau boleh hari pertama Ramadhan berbuka Lambuk, tengah Ramadhan buka Lambuk, penutup Ramadhan buka lambuk... huhuuh Setakat nie dah 3 kali orang umah masakkan.

First time tu, oder daun-daun dengan abang ipar aku yang kebetulan balik ke rompin, pahang... di sana jual RM 1, satu set, daun kaduk, daun kesum, daun kunyit, daun pucuk paku merah. Rencah paling penting Pucuk Paku Merah nie la... taruk banyak2 memang kaw la bubur lambuk tu..

Oleh kerana gian nak makan Bubur Lambuk aku start kereta aku merayau2 ke Jalan Pantai Negeri Sembilan menuju ke Jeram Toi, Jelebu. Susah jugak nak jumpa habitat Pucuk Paku Merah nie... Akhirnya jumpa selepas simpang nak ke Lenggeng. Kawasan berpaya skit. Memandangkan kene meredah paya skit, aku cancelkan dulu nak amik di kawasan tu, cuba cari dulu di kawasan lain.

Selepas air terjun kecil di sebelah kanan sewaktu mendaki bukit tangga, ternampak beberapa kumpulan tumbuhan tu, aku teruskan perjalanan menuju ke jeram toi dengan harapan jumpa kawasan yang lebih banyak tumbuhnya. Adala 3 -4 kelompok tumbuhnya sepanjang pendakian bukit tangga ke jeram toi.

Berpatah balik dari jeram toi , aku berhenti mengutip di setiap kawasan tumbuhnya pucuk paku merah tu.. detik di hati macam tak cukup untuk seperiuk 14 inci yang biasa isteri aku masak bubur tu untuk 2 sukatan beras. Lantak la dari takde langsung.

Dah pupus ke pucuk paku nie?
Susah sangat nak jumpa. Seingat aku di Taman Botani Putrajaya, kawasan taman paku pakis tu pun aku tak jumpa pucuk paku merah nie. Pihak pengurusan Taman Botani Putrajaya kene la tambah spesies tu kalau terbaca blog aku nie...

Malam tu bermangkuk-mangkuk kene Bubur Lambuk. Alhamdulillah, namun masih adakah bubur lambuk 10 tahun akan datang, sama dengan bubur lambuk sekarang.

Apa pula alkisahnya dengan kelangsungan hidup spesies pucuk paku merah.....
Apa kaitannya dengan kelangsungan hidup orang Melayu.
Kemanakah arahnya warisan dan tradisi orang Melayu....

Khamis, 25 Ogos 2011

Kepadatan Populasi, Kekurangan Sumber

Selama nie kerja aku banyak berkisarkan mengimbangi populasi hidupan liar, konservasi hidupan liar... Kadang2 terpaksa buat sesuatu yang tak perlu buat atas nama keseimbangan. Memang aku faham sangat dengan keseimbangan ekologi, ekosistem, populasi nie...

Semalam pergi Giant Senawang beli keperluan raya anak2... punya lah jem. punya lah ramai orang.. Berebut2 beratur2 manusia mencari parking. Luar giant dah penuh dengan kereta. dalam hati nie dapat ke parking dalam kawasan giant nie... tawakkal jek... aku pandu masuk dan drop by my wife n daughters depan pintu masuk giant dan mula cari parking.... Alhamdulillah, tak sampai 5 meter kereta aku bergerak, ada kete nak keluar dari parking....

Layan sebatang rokok di pintu masuk sisi giant, aku masuk cari isteri aku... jam dah kul 10 malam nie, tapi masih ramai orang keluar masuk giant... cari punya cari, jumpa diorang kat bahagian kasut kanak2... anak perempuan aku, Amna n Damia sibuk memilih kasut... ( pepepun akhirnya mummy diorang yang pilihkan ) Kakak Amna nak kasut jenis sporty skit, Damia asal ada lampu lip lap lip lap jadi la... hehee... kesudahannya setelah 45 minit duk kat situ baru dapat cari kasut yang sesuai dengan diaorang nie... sorang2 dapat kasut sepasang, sandal sepasang.

Selesai pembayaran, kedai2 kecil dalam giant banyak dah tutup, tapi masih ramai yang masuk ke giant... jam hampir kul 11... lambat la kuanter giant tutup malam nie. Kitaorang anak beranak gerak ke bazar ramadhan di luar giant. Kereta biarkan dulu dalam kawasan giant tu, nanti payah cari parking; kata aku pada isteri. Seronok anak2 dapat jalan2.... Damia aku kendong atas bahu... macam puteri raja la... kemek2 topi, senget2 cermin mata aku Damia paut... topi aku digigitnya butang tengah. Duduk tak diam sungguh budak kecik nie...

Dalam menempuh hiruk pikuk manusia yang datang bersiar2 window shopping tu, sempat gak aku cari songkok dan usha2 baju n seluar jean.... harga sama jek... jean dari siam menarik perhatian, tapi harga plak aku tak berkenan...
pakai jeans tahun2 lepas la nampaknya.
Harga barang jualan tahun nie nampaknya naik dalam 10 - 20 % anggaran aku...
Cuma stok tahun lepas harga drop dalam 40-50 %....
contoh sandal adidas siam anak aku tahun lepas harga dalam RM25 turun pada RM10,
baju biasa jual RM 15 dijualnya RM17...
Tapi yang terasa sangat mahalnya, air kotak
biasa dapat rm1 dijualnya rm 1.70... keropok rm1 jual rm2....
peh... kalau tak kerana anak aku merengek nak air n makan, jangan harap la... baik aku makan McD, biar pun mahal, tapi puas hati. ( singgah gak cari McD malam tu untuk aku n famili )

Kesimpulannya aku nak tulis kat sini adalah, peningkatan populasi dan kekurangan sumber untuk hidup hidupan liar, sebagaimana mereka lalui sekarang sehinggakan pihak aku lakukan perkara yang tak sepatutnya berlaku atas dasar keseimbangan alam kini terasa terhadap hidup aku.....

orang semakin ramai, sumber semakin sikit kerana terlalu banyak permintaan,
permintaan tinggi, harga meningkat, pengeluaran meningkat,
pengeluaran meningkat dalam masa yang sama sumber kurang, sure la harga meningkat
kos pembuatan meningkat,

itu membuatkan harga barang naik. dulu beli seluar jeans kat butik jeans.... skarang beli jeans siam jek,
dulu kasut beli kat Jusco, skarang beli kat Giant,
Dulu songkok setahun satu, skarang 3 tahun skali beli songkok...

Terasa tekanan hidup nie tahun demi tahun.... Survival hidup mesti diteruskan. Fikiran kene rasional. Kemewahan tolak tepi, kene ukur baju di badan sendiri, baju pun tak boleh yang mahal2, kalau boleh yang murah tapi tahan lama, cantik, serta selesa..... Ada ke macam tu???? Tawakkal kepada Allah... serahkan segalanya kepada ALLAH..

Aku tahu kerajaan nampak benda2 nie.... fikir banyak dalam mengurus keseimbangan kehidupan sumber dan manusia.... cuma yang aku harapkan jangan buat perkara2 yang tak sepatutnya dibuat sebagaimana pihak aku buat untuk keseimbangan hidup hidupan liar..

Rabu, 18 Mei 2011

Tikus Rumah

SADIS NYER BRUTAL NYER KEJAM NYER



Semalam wife aku buat CHOCOLATE CAKE,

Kecoh dia pasal tikus jadikan rak barang kek dia tempat melepak.

Setahu aku, lubang masuk, operasi zero-mouse aku dah buat... dengan serai wanginya dan macam2 lagi..


Bulan 3 lepas dah berapa ekor masuk perangkap. Siap buat research pasal perangkap tikus lagi. macam2 teknik aku pelbagaikan perangkap tikus. Low cost mouse trap aku siap buat satu... tapi rupanya tak habis2 tikus dirumah ku... ada plak spesies baru nie... CENCURUT.... mengong tol ar.. Berak merata2 belakang peti ais, belakang almari pinggan...


Bengang punya pasal aku pasang la perangkap...


UMPAN TERUBUK MASIN dari Sarawak der...

dekat berapa bulan aku beli aritu simpan dalam peti ais...


Bagus tak bagusnya umpan baru tuh.... tak sampai 5 minit, Tengah2 layan cerita SETINGGAN di Astro ( Cerita sudin, ibrahim pendek, yusni jaafar )

TRAAAAPPPPPPPPPP.........


hahahah.... wife aku pandang aku, aku pandang dia, sama2 berpandangan.... terkejut... dan tak sangka dan tak percaya perangkap mengena dalam masa yang pendek...


Bergegas ke dapur, wife aku tinggalkan keseronokan dunia ( FACEBOOK ) hahahah, sambil mendukung Damia yang belum tidur..... Anak aku meninggalkan keasyikan dunia dia ( BOTOL SUSU ) huhuhuhuh dan aku meninggalkan nikmat sementara ( ROKOK ) semata2 nak tengok perangkap tikus.... huang huang huang...


EEEE...... Besarnya tikus.....


ayat dari mulut wife aku... aku seperti biasa tak tahu nak buat apa dengan tikus tu... macam mana nak buat. Tikus tu menggelepar kesakitan kene kepit kat belakang tengkuk.... mulut dah mengalirkan darah, darah membasahi umpan ikan terubuk yang aku pasang tadi... Berlari aku ke pintu belakang rumah mencari perangkap tikus biasa tuh... Baru nak buka pengepit perangkap tu.... aku tengok tikus tu dak KO.... lembik....


HEMMM..... lepas buang bangkai tikus tu , aku basuh darah yang melekat pada perangkap dan umpan.... Taruk balik di tempat aku pasangkan tadi... Wife aku dah awal2 blah waktu aku handle bangkai tikus tu tadi.... sambung ber FB dan anak aku sambung BERBOTOLAN dia...


Sebelum tido selesai layan SETINGGAN n SHOWDOWN 2011 , aku gi ke dapur minum... Cuba2 intai perangkap.... apasal terbalik kot perangkap nie... rupanya ada seekor lagi kene perangkap, tapi bukan jenis tikus... CENCURUT... muncung panjang tirus.... huhuhuhu... spesies nie busuk gila bau dia... yang nie lagi SADIS... mulut masih menggigit umpan IKAN TERUBUK MASIN tadi... berbeza dengan tikus pertama.... huhuhuuh nak buat macam mana.... kebersihan kene jaga... kesihatan dan mengelak dari kene penyakit berbahaya bawakan spesies nie... MAUT DER.....


Kawasan rumah dah bersih, tapi kawasan sekeliling, rumah orang lain, rumah tinggal dah jadi sarang tikus dan tempat benda nie mmbiak.... susah gak kalu macam nie... SABAR JE LAH....

Operasi menyelamat burung HELANG



Crested Goshawk


Accipiter trivirgatus




Dura: En Man, ada call.

Aku : Siapa?

Dura: Hotel Telekom PD.

Aku : Ok...



Dengan malas menuju menjawab phone.... kerja banyak lagi nie nak buat.... terpaksala tinggalkan sebentar pc...



Aku : Assalamualaikum, boleh saya bantu?

Si A : W,Salam. Dengan siapa saya bercakap nie?

Aku : Rusman puan.

Si A : Sebenarnya nak buat aduan pasal burung helang nie...

OOOOO.. burung helang... dalam hatiku.. Burung helang buat apa kali nie. Teringat kes lalu apabila burung helang serang budak dan tukang sapu di kawasan sekitar hotel di PD... Helang tu bersarang di pokok rhu berhampiran dengan kawasan hotel tu. Oleh kerana terlalu rendah sarang nya sebab takde pokok besar dan tinggi, apabila orang lalu berhampiran pokok tempat ia bersarang, helang tu terbang atas kepala orang tu...


antara sarang burung helang di kawasan tu.



Gangguan????? memang mengganggu dan merbahayakan.... dalam fikiran korang mesti benda itu yang terfikir dulu kan...

Korang sekiranya ada orang yang tak dikenali, macam samseng, merayau2 di sekitar taman dan kawasan runah korang, apa yang korang lakukan??????

Sama la situasinya dengan helang nie... mempertahankan dan mengawasi kawasan sarangnya...

Kenapa bersarang kat situ....

Habitat yang sesuai dengannya... dekat dengan kawasan mencari makan, bersosial, dekat dengan sumber air... cumanya sayang tak de pokok besar untuk dia bersarang... jadi terpaksalah bersarang di kawasan rendah...

Untuk keselamatan dan keselesaan manusia dan helang tersebut, terpaksalah buat sempadan supaya orang tak masuk dalam kawasan private helang tu... orang tak kene serang, helang selesa nak bertelur dan menjaga anaknya...

tapi kali nie bukan masalah tu... masalah lain

Si A : Kami dapat selamatkan burung helang seekor nie. Dia langgar tingkap

hotel.Pekerja kami kurung burung helang tu dalam bakul sekarang nie...

Harap encik dapat datang uruskan helang nie. Kami takut mati jek...

Aku : Baiklah kalau macam tu. Boleh saya dapatkan nombor handphone puan.

Senang nak berhubung nanti. Sebentar nanti kami sampai.


Bila dah selesai bercakap di telepon, aku bersiap, amik peralatan yang perlu untuk menguruskan helang tersebut... sampai2 di Hotel tu , aku berjumpa dengan Si A...



Helang tu dalam keadaan baik cuma stress skit... bila dah pindahkan dari bakul ke perangkap pindah, tutup perangkap pindah dengan kain bagi kurang skit stress burung tu.... Burung sihat... cantik bulunya, cuma bengong2 skit, mungkin terkejut tak hilang lagi lepas langgar tingkap hotel dan stress kene kurung dalam bakul yang sempit...


baru kene siram... bagi cool skit..


hem... nak simpan dulu sehari dua bagi dia ok skit. bila dah ok baru nak lepas semula... pepepun kali ke tiga handle burung helang nie...